Kisah ini jelas menunjukkan bahawa bukan diri kita sahaja sebagai remaja dilanda fitrah cinta malahan tidak terkecuali para rasul, sahabat dan orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan cinta itu? Bagaimana pula kita menguruskannya? Adakah Fatimah berani menghantar surat,berhubung melalui burung merpati, bertemu bawah pokok kurma ataupun menaiki unta berdua-dua bersama Saidina Ali? Begitu juga Saidina Ali, adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia terus mengurat Fatimah? Sebaliknya, semua itu tidak pernah mereka lakukan. Fikirkan kembali, apakah yang telah kita lakukan?
1 comment:
yeahhh . nadhirah salleh , blog anda sungguh meriah :) .
Post a Comment