Assalamualaikum w.r.b.
Sebelum mulakan topik di atas, ingin aku kongsikan keseronokan aku apabila dapat kembali kepada diri aku yang benar-benar diri aku, iaitu tidak terlalu banyak bercakap. zZzZz
Baik, sekarang bolehlah mulakan cerita tentang tekanan emosi yang dihadapi oleh mereka di sekeliling aku, dan akhirnya membuatkan aku sedikit tertekan dan akhirnya bertemu dengan satu ketenangan. Pulak dah =,=
Masing-masing sedang sibuk beremosi, sekarang ni aku pula rasa macam nak beremosi. Tetapi, aku tidak mempunyai sebarang sebab untuk beremosi. Melihat sesetengah mereka tenggelam dalam lautan emosi yang akhirnya membuat mereka lemas. Ada yang menangis, ada yang marah, ada yang terlebih gelak. Inilah yang dikatakan emosi boleh membunuh. Jadi aku sebagai orang yang dilabel tidak berperasaan tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mendengar luahan hati masing-masing. Sekarangni, SEMUA orang ada masalah. Tapi, masalah aku ialah... sudah menjadi kebiasaan untuk aku memendam rasa dan menekannya ke dasar yang amat dalam dan akhirnya pecah berderai dan hilang. Masalah ibarat pisau di dalam perut, proses mengeluarkannya amat sakit tetapi apabila berjaya dikeluarkan pasti akan merasa suatu kelegaan yang amat mengasyikkan. Tapi, aku percaya tanpa pisau yang menyakitkan itu aku akan menjadi terlalu selesa sehingga mengundang pisau yang lebih besar.
Errr, berhenti di situ.
Secara peribadinya aku rasa semua orang ada masalah masing-masing dan semua orang perlu saling memahami dengan meletakkan diri kita dalam situasi mereka. Aku belajar sesuatu daripada permainan emosi orang di sekitar aku, dan pengajaran itu ialah , JANGAN TERLALU BEREMOSI. Masalah tidak selalunya untuk diluahkan kepada segenap manusia, terkadang masalah hadir untuk menjadi teman. Tanpa masalah hidup ini akan menjadi terlalu mudah dan akhirnya ramai yang akan menulis pada status facebook mereka dengan perkataan B O S A N. Ini lagi satu fenomena yang tidak sepatutnya terjadi, bosan tetapi masih banyak perkara yang belum diselesaikan.
Sebagai penutup, aku ingin mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah emosi. Sebagai perempuan yang kadang-kala mengalami pre-menstrual-cycle , aku cuma hadapi masalah suka menjerit dan selera makan yang memeranjatkan si boboy. Satu kajian saintifik telah dijalankan, terbukti perempuan yang memakai jubah lebih mudah mengawal emosi, berbanding perempuan yang memakai baju biasa, baju sexy, tak pakai baju langsung dan sebagainya,
& kerjasama pihak yang sering beremosi amat diharapkan.
.... kerana diri ini sudah tidak mampu bertahan dengan hanya melihat, mendengar dan menelan persekitaran yang penuh dengan tekanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Reaction When I Was Told Mama Has Cancer
I am in the middle of trying to sort out my mind and to clear out my thoughts so that I can finish writing my report for FYP when I decided ...

-
Selamat Hari Raya everybody. My Hari Raya is so good, I love it so much. The most memorable Syawal so far. So much bette...
-
I was walking into my sister's room and she said to me, " Sedapkan laguni ". I then looked at the audio player, it did not l...
-
Assalamualaikum, What's up? Being a college student, you know how important carry marks are. Especially when you're not a smarty...
No comments:
Post a Comment