Nota kali ini sekadar luahan seorang ketua kelas yang agak malas untuk menyuruh pelajar bangun memberi salam kepada guru yang masuk ke dalam kelas.
Setiap kali menyuruh rakan sekelas lain bangun untuk memberi salam, ketara dan jelas ramai yang enggan bangun, kecuali setelah salam diucapkan. Padahal, salam tidak akan diberi selagi semua pelajar tidak bangun. Apabila diberi salam tanpa memastikan semua pelajar bangun tanda menghormati guru yang masuk ke dalam kelas. & yang pasti masing-masing mempunyai asbab musabab sendiri untuk tidak bangun, antaranya kurang jelas pendengarannya, atau kurang jelas penglihatannya atau tidur terlalu nyenyak walaupun baru meletakkan kepala ke atas meja semasa melihat kelibat guru yang semakin menghampiri kelas. Apapun alasan, DITERIMA.
No comments:
Post a Comment