Wednesday, October 12, 2011

Minggu ini, berturut-turut.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, cuma tinggal lagi 6 kertas untuk dijawab. Tapi, minggu ini, iaitu minggu kedua. Semangatnya sudah berkurang. Dari segi kerajinan dan pelbagai aspek.

Ya Allah, la tuzi qulubana.

Hati manusia yang sentiasa berbolak-balik, semalam aku peduli kalau aku tak dapat A untuk kertas yang dijawab, tapi sekarang.. Entahlah. Mungkin sebab usahapun tak berapa nak A, sedarlah sikit kot.

Tapiiiii, 3 hari berturut-turut. Semua spoilerrrr. Bila dah spoil, semangatpun dah turun. Mudahnya hilang semangat. Teringat pula kata-kata Muhammad Al Fatih, "10 kali aku jatuh, 10 kali aku akan bangun." Hemm, apa penyebab semuani? Aku memang ada masalah, dan masalah aku ialah sukar untuk istiqamah. Kalau prihatin dengan keadaan sekeliling, ramai yang berjaya, mereka RAJIN & ISTIQAMAH. Rajin dan istiqamah. Hem. Masalah yang tak pernah selesai dari dulu. Tahu dah diri ini semakin malas, tapi tak tahu bagaimana harus bertindak. Nak lawan kemalasan ni, kena ada kerajinan. Dah cuba lawan, tapi mungkin ada anasir-anasir luar yang pengaruh, atau, diri sendiri musuh dalam selimut? Entahlah.

I always wonder, if Rasululllah saw is here, in my situation, what will he do? Following Rasulullah is the best way. & may Allah swt has mercy upon me.

Apalah nasib, kertas REKA CIPTA yang tutup mata tupun tak boleh jawab. Apa-apaje. Tungguujelah result, kalau nak fikir sangatpun, mengundang kejatuhan semangat. Semalam sudah berlalu, esok belum tentu. Hari ini PASTI. Gunalah sebaik mungkin, kalau ditakdirkan esok ajal menjemput, baru nak rasa menyesal... Tiada berguna..

Aku memang ada masalah, masalah paling besar aku ialah.... mengawal jiwa , hati, yang sentiasa berbolak balik. Perlukan sessi kaunseling, sekali lagi! Macam biasa, mohon doanya

Sungguh, kegagalan itu adalah kejayaan yang tertangguh. Gagal hari ini, maka ada kejayaan besar yang menanti.

No comments:

My Reaction When I Was Told Mama Has Cancer

I am in the middle of trying to sort out my mind and to clear out my thoughts so that I can finish writing my report for FYP when I decided ...