Tuesday, October 25, 2011

Tentang makanan

Assalamualaikum,

Seperti yang kita sedia maklum, makanan merupakan keperluan asas bagi kita. Makanan membantu proses tumbesaran, juga proses kegemukan. Tapi dalam kes ni, makanan membantu dalam proses tumbesaran. ehemm

Cuti raya yang lepas, berat aku telah naik sebanyak 5 kg, walaubagaimanapun berat itu menurun sebanyak 3 kg. Jadilah 49 kg. Itu tak penting, sebab tinggipun menaik.

Sekarang dah boleh mula cerita melayu.

Ahad lepas, bapaku pulang dari pasar, bapaku belikan roti canai yang dibungkus dalam kertas kalis minyak. Akupun turun ke ruang makan, melihatkan bungkusan yang separuh buka itu, aku terus buang ke dalam tong sampah dengan steadynya. Persoalannya, kenapa aku buang?

Beberapa minit kemudian, baba pun suruh makan roti canai. Katanya ada di atas meja. Pada waktu itu, semua orang belum mendapatkan sarapan pagi. Aku pelik, manakah? Kosong je meja, yang ada cuma semangkuk kari dan semangkuk kuah dal. Adik aku pun turun untuk turut serta upacara menyantap. Malangnya, tidak jumpa. Akupun bertanya kepada mama,

Aku: Mananya roti canaiii
Mama: Bawah tudung sajiiii. Ce tengok
Aku: Takde ahh
Mama: Mana plak pergiii
Aku: Memang dia boleh berjalan *monolog dalaman*
Adik: Manaaaaa

.... beberapa saat selepas itu

Aku: Eyhh dah buang
Adik: Mama!!!! Angah buang
Aku: Adik ingat nasi lemak semalam punya bungkusan, sebab adik tak buang
Mama: Yang tu lainn, mama da buangkan
Aku: Roti gardenia ada.. *muka tak bersalah*

Hem, aku buang bungkusan itu sebab aku sangkakan itu bungkusan nasi lemak yang aku makan semalam. Aku malas nak buang semalam, aku sorok bawah tudung saji. Pagi esok aku memang nekad nak buang terus bila turun. Tu pasallah aku buang begitu saja.

Dalam pada itu, aku diselubungi rasa bersalah, kerana itu satu pembaziran. Bagaimana dengan orang di Somalia yang tiada makanan?

Teringat satu kisah Rasulullah saw.

Suatu hari, baginda pulang ke rumah, baginda ternampak sekeping roti di lantai. Baginda mengambil roti itu dan menepuk-nepuk roti itu untuk menghilangkan kotoran pada roti itu lalu memakannya. Saidatina Aisyah berada dalam keadaan yang penuh dengan tanda tanya. Lalu, bagindapun bersabda 'Aisyah, peliharalah nikmat, kerana ia akan keluar'.

Begitulah al kisahnya, yang membuat aku seperti ingin mengutip kembali roti itu, tetapi tong sampah itu tersangat busuk dan tak boleh dimakan lagi roti itu. Lantai dan tong sampah sangat jauh berbeda.

Aku pernah mengutip sekeping biskut yang jatuh di atas meja sewaktu berehat di kantin bersama rakan, dia pelik, lalu memarahi aku untuk membuang biskut itu dan memberikan aku yang baru. Aku meniup biskut itu dan memakannya dengan penuh harapan, agar dapat peroleh pahala sunnah. Walaupun perkara kecil, ia tetap sunnah. Sama seperti bersukan, itu sunnah. Tapi berapa ramai yang melakukannya kerana sunnah. Memakai wangian, masuk ke tandas dengan kaki kiri dan banyak lagi sunnah yang mudah diamalkan.

Ikutilah baginda, yuhibkumullah.
Sekian. Terima kasih.

No comments:

My Reaction When I Was Told Mama Has Cancer

I am in the middle of trying to sort out my mind and to clear out my thoughts so that I can finish writing my report for FYP when I decided ...