Dengan izin Allah swt, aku masih hidup dan berpeluang menghirup udara milikNya yang membolehkan gas oxygen masuk ke dalam paru-paruku lalu diserap alveoli. Maaf, sudah agak lama tidak mempelajari ilmu sains yang berkait dengan manusia.
Aku tidak mahu bercerita panjang lebar, kerana waktu sentiasa mencemburuiku. Kini aku sudahpun mencecah usia 17 tahun. Jika menurut kalendar Hijrah aku sudah lama berusia 17 tahun. Apa-apapun, aku mengambil kesempatan tahun baru ini untuk menguatkan lagi semangat mujahadah untuk menumbangkan segala hawa nafsu yang menghalang aku daripada merealisasikan impian dan azamku pada 1 Muharam yang lalu.
Ceritanya begini...
Pada mulanya aku merancang untuk mengikut Mama dan Baba ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam 31 Disember itu kerana terdapat majlis ilmu yang penuh dengan barakah berbanding majlis lain yang penuh dengan maksiah.Padahal, aku tidak pernah menyambut tahun baru masihi di luar sebelum ini. Penceramah jemputan ialah tidak lain tidak bukan, Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Beliau benar-benar berjaya memikat hati para pemuda-pemudi harapan agama dan bangsa untuk lebih dekat dengan majlis-majlis sebegini. Kontribusi beliau kepada masyarakat sangat banyak, ingin saja aku mencatat sejarah ini dan menaskhahkannya. Walaubagaimanapun, aku masih mentah dalam mengurus waktu. Mungkin aku akan melakukan itu usai SPM kelak.
Akhirnya, aku membuat keputusan untuk ke Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati, Anda Bijak Jauhi Zina di Masjid Negara. Ini adalah kerana aku dapat membawa teman-temanku ke program ini. Tetapi dek kerana kelemahan pacar yang hina ini, aku hanya dapat menarik seorang rakan. Sebenarnya, dia memang hendak menghadiri program itu... atas kehendaknya sendiri. Bermakna, aku dapat menarik .... SIFAR.
Aku agak cemburu apabila ibuku menceritakan susana di Dataran Shah Alam pada malam itu, kerana aku pernah menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus sebelum ini. MasyaAllah! Insan yang hebat, luas ilmunya. Syukur Alhamdulillah, pada akhir zaman ini... masih ada ramai ilmuwan-ilmuwan. Disebut bahawa, antara bencana pada akhir zaman.. dimatikan alim ulama. Gentar hamba dengan kenyataan itu, al ulama warisatul anbiya.
Tetapi, Allah Maha Mengetahui. Dialah yang telah menghantarku ke himpunan ini. Banyak manfaat yang dapat ku perolehi. Antaranya perkongsian ilmu bersama Ustazah Firuz Akhtar, Ustaz Zahazan Mohamad.... Aku benar-benar kagum dengan Ustaz Dr. Zahazan. Beliau seorang yang berlemah-lembut dalam berbicara dan sangat gemar membaca.
Pada malam itu, sebelum detik 12 malam menjelma. Kami disuntikkan semangat dengan lagu-lagu jihad oleh kumpulan Shoutul Harakah. Mereka ini penasyid lagu-lagu jihad. MasyaAllah, selama ini aku hanya mendengarkan lagu-lagu mereka di YouTube. Itupun sudah dapat melahirkan bibit-bibit semangat dalam jiwa ini... apatah lagi secara langsung.. Selama ini aku membayangkan mereka ini muda remaja, rupanya sudah dewasa.
Ramai juga personaliti TV yang hadir. Aku kagum dengan cara pengacaraan saudara Mohd Fedtri Yahya. Sangat puitis bahasanya... Tatabahasanya teratur.. Bahasa yang digunakan juga indah dan menyedapkan halwa telinga yang mendengar.
Pada malam itu kami berikrar bersaksikan Allah SWT untuk sama-sama membanteras zina. Cukup sampai disini jahiliyahku! Ya Allah, sinarilah hidup ini dengan cahaya hidayahMu seperti engkau menyinari bumi dengan matahari... abadan abada.
Aku tahu, tidak jauh dari tempat kami... di Dataran Merdeka, tahun baru disambut dengan.... sewaktu kami pulang dari Dewan Muktamar, ada yang mabuk ada yang itu ini...
Tapi aku cuba positif, Allah merahmati Malaysia! Dalam kegelapan malam yang penuh noda itu, masih kedengaran laungan takbir dan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Aku ingat kata-kata seorang ustaz ketika kuliah Maghrib pada beberapa hari yang lepas... katanya, "Apabila maksiat dilakukan tanpa segan silu, secara terbuka, tunggulah azab Allah! Bukan meminta, tetapi itulah yang telah disebut oleh Allah dalam al Quranul karim."
Kemudian beliau menceritakan kisah suatu ketika dulu... Kisahnya lebih kurang begini.. Di suatu tempat, semua penduduknya melakukan maksiat secara terang-terangan. Allah hendak menurunkan bala bencana kepada mereka ini, tetapi ... masih ada seorang pemuda yang menunaikan solat. Setelah pemuda itu kembali ke rahmatullah, azab itupun diturunkan.
Ambillah iktibar dari cerita ini, masa berlalu pantas.. aku menggunakannya untuk menulis kisah ini, jika kalian tidak mengambil iktibar...... aku akan... sedikit kecewa?
...
Banyak lagi aktiviti pada malam itu, Imam Muda Najdi dan Imam Muda Hassan turut hadir bagi menjayakan program ini. Sekian sajalah.... ceritaku. Masa berlalu tanpa ku menyedari.
Senang cerita, LA TAKRABU ZINA! Janganlah kamu menghampiri zina. Terutama adik-adik yang bakal ke sekolah menengah, harapnya tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang negatif. Jadilah seperti ikan di lautan, walaupun laut itu masin, ikan itu tetap tawar...
dari kakak 'senior' yang pada waktu juniornya tidak ada senior yang menasihatinya.

WAKTU ITU UMUR DAN UMUR ITU AMAL - As Syeikh Dr. Yusuf al Qaradawi.
No comments:
Post a Comment