Assalamualaikumwarahmatullah.
Jadi, pada Jumaat yang lalu, sambutan MaalHijrah telah diadakan di Mini Dewan SMKBB.
Seperti biasalah, terdapat ustaz jemputan, namanya Muhd Naiemi bin Mohd Som dari MSQ Power Training. Ceramahnya agak santai namun mesejnya sampai dan disini ingin saya kongsikan beberapa perkara yang saya rasa penting untuk kita tahu.
Seperti yang kita tahu, orang yang menunaikan solat tetapi tidak khusyuk disediakan untuk mereka Neraka Wail. Antara cara mengkhusyukkan solat ialah dengan menghayati setiap bacaan dan gerak-geri yang ada dalam solat. Katanya lagi, solat itu adalah tempat atau masa untuk kamu beristirehat, kerana itulah dalam azan dinyatakan 'solat itu lebih baik daripada tidur'.
Beliau juga menyatakan yang sebagai umat Islam, kita seharusnya mengetahui tarikh lahir kita yang sebenar iaitu mengikut takwim qamari. Setelah melakukan pencarian di Google, terjawablah persoalan saya.
PADA 5 SYA'BAN 1415 HIJRAH, JAM 10 PAGI, LAHIRLAH SEORANG BAYI YANG BERNAMA NUR NADHIRAH BINTI MOHD SALLEH & NOR ZAKIAH.
Setelah 16 tahun hidup, baru aku tahu aku dilahirkan dalam bulan Sya'ban. Hakikatnya aku akan mencapai umur 17 tahun pada tahun ini yakni 1432 H.
SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Amin.
Nabi Muhammad SAW wafat pada 12 Rabiulawal iaitu pada tarikh lahir baginda juga. Bermakna, tidak mustahil perkara yang sama berlaku kepada kita.
Sebelum saya akhiri pos saya pada kali ini, saya ingin meminta maaf jika terdapat kekurangan dalam pos ini. Apatah lagi insan biasa yang bukan maksum, bukan juga wali Allah.
*"Kamu sibuk menasihati orang lain padahal kamu melupakan diri kamu sendiri.."
Menyampaikan dengan menasihati merupakan dua perkara yang mempunyai perbezaan. Bukan berkhutbah cuma bertuli diri juga. Salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Reaction When I Was Told Mama Has Cancer
I am in the middle of trying to sort out my mind and to clear out my thoughts so that I can finish writing my report for FYP when I decided ...
-
Selamat Hari Raya everybody. My Hari Raya is so good, I love it so much. The most memorable Syawal so far. So much bette...
-
I was walking into my sister's room and she said to me, " Sedapkan laguni ". I then looked at the audio player, it did not l...
-
I really really really have to stop onlining FB. Exam is getting closer, while I'm still here in front of this lap top doing nothing. Ya...
No comments:
Post a Comment