Thursday, November 17, 2011

Raikan golongan cerdik pandai

Assalamualaikum.

Beberapa hari yang lepas, sewaktu pengajian kitab Ryadhusolihin bersama Dr.Zulkifli Mohd Al Bakri.. beliau mengemukakan pendapatnya tentang meraikan golongan cerdik pandai.

Ustaz Zul ni merupakan ahli Majlis Fatwa bagi yang tidak mengetahui. Akupun mula terfikir, benar juga apa yang dikatakan beliau. Lagi-lagi AIM baru sahaja berlalu, betapa anak-anak seni ini diraikan dengan gahnya. Manakala untuk para cendekiawan, mereka tidak mendapat anugerah yang setimpal dengan usaha mereka.. walaupun mereka tidak mengharapkan itu. Tetapi, tidak wajarlah diendahkan hal ini. Aku tidak mempunyai sebarang kuasa dan tiada kudrat yang cukup untuk menjadikan ini kenyataan. Semuanya memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

Sejarah telah membuktikan betapa golongan cerdik pandai dikhianati, kerana... para pemerintah pada zaman dahulu takut dengan mereka dek kerana tahap keilmuan yang tinggi. Mereka biasanya tegas dalam menegur kesalahan pemerintah dan gabenor-gabenor.

Misalannya, Imam Al Malik, tegas dalam menegur gabenor yang melakukan kesilapan. & beliau disebat kerana pemerintah pada waktu itu kerana beliau mengeluarkan fatwa berkaitan baiah rakyat kepada pemerintah. Lalu diseksa dan sebagainya.

Manakala, Galileo dibunuh kerana mengeluarkan teori bahawa bumi berbentuk Sfera. Ini bertentangan dengan kepercayaan Katholik pada waktu itu yang mempercayai bumi berbentuk empat segi.

Seterusnya Socrates yang disuruh mematikan dirinya dengan meminum racun dan berjalan kesana-sini. Akhirnya beliau rebah jatuh ke bumi dan mati. Hal ini terjadi kerana beliau menyatakan bahawa hanya ada satu Tuhan. Pengaruh beliau agak besar, jadinya pemerintah takut beliau akan mempengaruhi rakyat dengan kenyataannya.

& sejarah juga membuktikan ramai ahli fikir dikhianati. Kerana mereka digeruni dengan ilmu mereka. Padahal orang-orang yang jahil hanya mengikuti apa sahaja yang disuruh walaupun perkara itu salah....

RM100 seorang pelajar SMK, aku lebih setuju jika wang ini hanya diberi kepada yang tidak berkemampuan dan yang selebihnya digunakan untuk membina satu sekolah khas untuk golongan cerdik pandai. Guru-guru dinaikkan gaji, para pendidik diberi keutamaan kerana ILMU merupakan asas kemajuan sesuatu masyarakat. Apa-apapun, Alhamdulillah & terima kasih kerajaan Malaysia.

Terlalu banyak program realiti yang berunsurkan hiburan... Katanya hendak melahirkan warga seni yang begitu ini dan apa-apalah. Secara peribadinya, aku lebih suka negara ini diharumkan namanya dengan terlahirnya para ilmuan daripada anak seni.

Stephan Hawkin, walaupun seorang yang lumpuh, oleh kerana ilmu yang ada padanya... Manusia berpusu-pusu menghadiri majlis ilmunya untuk mendapatkan teori-teori saintifik daripada beliau. Ramai lagi cendekiawan yang diraikan di luar negara...

Tetapi sangat sedikit cendekiawan dalam kalangan umat Islam.. sebenarnya banyak. Cuma tidak diraikan dan mereka juga biasanya hanya ingin berkhidmat untuk masyarakat dan bukan untuk dipuja atau disanjung. Tetapi, yang menjadikan mereka tidak menonjol itu ialah kita sendiri.

Wallahualam

No comments:

My Reaction When I Was Told Mama Has Cancer

I am in the middle of trying to sort out my mind and to clear out my thoughts so that I can finish writing my report for FYP when I decided ...