Tuesday, January 25, 2011

Future of success / BNP


Pada Sabtu yang lepas, saya bersama-sama beberapa rakan seperjuangan saya telah menghadiri suatu kursus atau seminar yang memberi taklimat atau penceritaan tentang kisah-kisah mereka yang telah berjaya. Dapat saya rumuskan di sini, kesemua mereka bermula dari sebawah-bawah bumi dan kini berjaya dengan setinggi-tinggi langit biru.

Jadi, kami semua telah memilih untuk duduk di atas, iaitu jauh dari pentas. Oleh itu, fokus menjadi kurang, dan salah seorang senior pada tahun ini telah lupa untuk menge-pump selepas membuang air besar. Kemudian, sekumpulan pelajar Sunway College sedang berkerumun seolah-olah mengadakan mesyuarat, senior tersebut menganggap mereka yang berkerumun itu sedang mencari siapakah pelajar yang tidak menge-pump tandas selepas membuang air besar. Kemudian dia mengeluarkan suatu dialog yang sehingga kini bermain di benak fikiran saya. Dialog tersebut ialah "I Am Berak No Pump". Sehingga hari ini saya sering menyebutnya. Oleh kerana terlalu panjang, saya menyingkatkannya kepada BNP.

Sejujurnya, saya telah menganggap senior tahun 2011 akan menjadi senior yang .... padahal mereka adalah dalam kalangan senior yang saya hormati oleh kerana nilai disiplin yang ada pada sesetengah mereka dan tidak dapat dinafikan deria humor mereka. Mereka juga mempunyai nasihat-nasihat yang jika diberi kepada orang lain mungkin dikatanya 'poyo' atau 'bajet' tetapi telah memberi kesan yang mendalam terhadap saya dan membuatkan saya memikirkannya lebih dari kira-kira 10 1/2 kali. Perkara ini telah membuatkan saya tunduk hormat kepada mereka.



No comments:

My Reaction When I Was Told Mama Has Cancer

I am in the middle of trying to sort out my mind and to clear out my thoughts so that I can finish writing my report for FYP when I decided ...