Berkat keamanan negara di bawah pimpinan Dato Seri Najib, akupun dapat ke sekolah dengan aman tanpa perlu risau jika terdapat bom atau sebarang senjata yang menghala ke aku. Keputusan peperiksaan pertengahan dah keluar, Alhamdulillah, semua lulus walaupun pada mulanya AddMaths gagal, hasil pencarian aku untuk mendapatkan 1 lagi markah aku dapat mendapat gelaran 'orang yang lulus addmaths'. Jadinya AddMaths & Physics 'D'. Lapan subjek yang berikutnya A/A-/A+. Alhamdulillah. Walaupun semasa peperiksaan kelakuan aku agak buruk, tapi masih dikurniakan nikmat A , nikmat lulus dan nikmat pulun Addmaths. Dalam hati aku, Allah memang sayang aku, ( Allah sayangkan hambaNya =] )
Dua minggu yang lalu aku telah mengambil keputusan untuk menukar subjek P.akaun kepada Reka Cipta dengan asbab tak dapat bawa akaun, malas nak tanggung kesedihan keputusan tak bagus. Jadi berlakulah pertukaran pada hari ini, sekali P.Akaun dapat A untuk pertengahan tahun. Tapi aku percaya ini kebetulan/nasib/rezeki sebab aku memang tak faham, aku faham tapi tak cukup mendalam. Subjek RC jauh lebih mudah cuma perlu siapkan folio, tapi P.Akaun pun ada folio, jadi samaje. Takde apa yang nak disesalkan, Nabi tak suka orang menyesal, hem memang ada dialog Nur Kasih kat sini. Apa-apapun, dekat kelas, masing-masing nak elak zina mata. Sangat bagus! Haa, tanyalah kau soalan dalam jarak 10 meter. Seram sangat tengok buku 'Orang-orang yang pasti masuk Neraka' aku beli dekat Mydin USJ ada potongan harga. Belambak-lambak buku, ambil lah seguni untuk baca masa lapang.
Hem, lepas cutini, 4 Maju, masing-masing dah ada bahasa ke3, Hidayah dengan French nya, bila masa dia belajarpun aku tak tahu, ada yang berbahasa Turki, Korea tak payah cakapla, Mandarin, Tamil, macam2 ada. Nasib baiklah aku belajar B.Arab. Kalau tak memang terdiam kena bahan. Haa ni yang aku belajar setakat ni.
Turki - Marhaba , tak silap aku Apa khabar
French - Bonjour me salutation , Hai
Korea - Anyang hosaeyo , Hai
Japan - Watashi namae , Hai nama saya
Tamil - Venuma , Mahukah - Venum, Mahu / Venam, Tak mahu
Cina - Me si ya, apa kau cakap.
Aku tak tahulah betul ke tak dorang ajar, entah-entah dipermainkan. Pun bolehla.
Masa rehat, layan novel Kasih Yang Suci dengan Hidayah. Yvonne da boleh balik! haha
Okay, sebenarnya ini post yang terakhir aku, tu yang panjang gilalah kot. Tujuan asal aku menulis setelah sekian lama sebab ...
MINTA MAAF DEKAT SEMUA YANG AKU PERNAH BUAT SALAH, LANGSUNG ATAU TAK LANGSUNG, SENGAJA ATAU TAK, KESALAHAN DALAM SEMUA ASPEK. I REALLY HOPE THAT YOU GUYS CAN FORGIVE ALL OF MY BAD DEEDS. FOR THE SAKE OF OUR UMMAH, PLEASE DO FORGIVE ME SINCERELY. I'M BEGGING. =/
Dosa dekat Allah, Allah boleh ampunkan, dengan manusia susah sikit. Kadang-kadang kita lupa, pasal hablulminannas. Lagi-lagi dosa dengan ibu bapa. Inilah kesan mengadakan mesyuarat tingkap. Emmm, eyy! Buku Orang-orang Yang Pasti Masuk Neraka memang cukup menyeramkan. Lagi seram daripada Insidious , Paranormal dan yang sewaktu dengannya.
Bye, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment